English
Nasi Beriani Johor dari JM Bariani House sudah dikenali ramai di Lembah Kelang. Sekarang JM telah membuka cawangan nasi beriani Johor franchise melebihi 20 buah restoran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Selangor. Penduduk Lembah Kelang boleh menikmati Nasi beriani Johor di kawasan berdekatan Kelang, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, Cheras, Gombak dan KLCC Suria.
Nasi Beriani Johor lauk kambing dari JM Bariani House menjadi pilihan utama pelanggan. Daging kambing (lamb) dimasak hingga empuk sehingga lembut digarpu. Resepi kambing masak beriani Johor JM beresepikan ramuan istimewa yang dipilih untuk menyesuaikan rasa lauk dengan Nasi beriani Johor.
Masakan Ayam masak beriani menjanjikan kelazatan daging ayam yang tidak pedas. Ayam dimasak hingga lembut tetapi manisnya masih kekal terasa disetiap kunyahan. Kanak2 selalunya memilih lauk ayam masak beriani, walaupun kadangkala mereka leka dengan suapan nasi yang enak dan meratah lauk ayam kemudian nya. JM Bariani House juga menyediakan masakan ayam goreng berempah dan ayam masak merah sebagai pilihan lauk ayam.
Daging masak beriani juga dimasak empuk sehingga lembut. Lauk daging mengecurkan rasanya disetiap kunyahan, tidak liat dan tidak pedas. Keistimewaan kaedah masakan ini, dengan cara pemotongan daging dan prosidur memasak adalah dari hasil kajian pengusaha JM setelah berpuluh tahun memasak nasi beriani Johor.
Masakan nasi beriani Johor oleh JM Bariani House berperinsipkan kelazatan nasi beriani digandingkan dengan rasa lauknya. Kuah beriani dan rencah nasi saling bersama menaikkan kelazatan Nasi Beriani Johor JM. Nasi beriani JM Bariani House dari beras basmathi yang berserat, kenyal, empuk dan senang dikunyah.
Di JM Bariani House Puchong, lauk rusuk kambing goreng bersos rosemary (Fried Lamb Ribs in Rosemary Sauce)mendapat sambutan hangat dari pelanggan2 berketurunan Cina. Rusuk goreng ini dimasak dengan resepi ciptaan JM Bariani House. Rasanya rangup diluar dan lembut dibahagian dalam.
Untuk tempahan meja atau katering, sila telefon 0380767269 atau 0122005681 atau email jmboulevardpuchong@gmail.com.
ASR Search Engine
Our Mobile Site JM Suria-KLCC
[ MAP JM Puchong ] [ Delicious Food ] [ Delivery ]
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681
No comments:
Post a Comment