Our Mobile Site                                                                                            JM Suria-KLCC

Mobile Fast Browse Click Here!!                                                         Sekarang di tgkt 4 Suria KLCC Foodcourt On The 4th Floor Suria KLCC Foodcourt

[ MAP JM Puchong ]                   [ Delicious Food ]                      [ Delivery ]                             
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681

Thursday

Menu Berbuka Puasa di Restoran JM Puchong

Restoran JM Puchong menghidangkan makanan berbuka Puasa dengan sedikit kelainan dari buffet hidangan yang biasa dipaparkan oleh pengusaha2 lain. Di Restoran JM Puchong, pelanggan boleh memilih makanan secara a'la carte, dan boleh memilih makanan istimewa berbuka mengikut selera & bajet. Tidak perlu membayar untuk makanan yang tidak sempat dijamah. Menu istimewa termasuk kuih muih & pencuci mulut khas dihidang di bulan Ramadhan.


Buah tamar dihidang percuma dan Nasi Beriani Melayu semestinya hidangan utama jika ke Restoran JM.



Tapai Pulut manis, Creme Caramel, Dadih, Jeli Kelapa, Puding jeli menyejukkan tekak selepas berpuasa seharian dan dapat melegakan dahaga setiap pengunjung.



Selain beriani, Mee Rebus, Mee Bandung, Laksa Johor, Laksa Utara juga merupakan hidangan lazat untuk memuaskan pelbagai selera berbuka puasa Ramadhan.


Menu memaparkan pelbagai pencuci mulut dan air minuman segar saperti Sirap Bandung Soda, air kisaran limau kasturi (calamansi) dengan asam boi, Tea Tiga Rasa JM, Air perahan buah2an dan juga tea-tarik, kopi dan roselle.


Jelatah timun, bawang, cili, lobak merah dan Nenas merawat kehilangan selera dengan rasa segar, asam dan sedikit pedas.


Kuih Muih Melayu pilihan harian menceriakan lagi menu berbuka puasa. Pilihan pedas, manis, ranggup & lembut dari pelbagai kuih muih Melayu mengingatkan kembali suasana kampung semasa berbuka.
Sementara itu, air perahan buah2an segar saperti epal, limau manis, nenas, tembikai dan lobak merah membawa pelbagai kebaikan dengan vitamin2 dan zat galian asli memantapkan kesihatan 'imune' dalam diri semasa menjalani ibadat Puasa.

Sila membuat tempahan meja untuk berbuka, memastikan makanan dan meja sedia untuk anda. Tel 0380767269 atau sms 0122005681 untuk membuat tempahan.

3 comments:

  1. Sila buat tempahan selewat2nya sebelum 4.00 petang untuk memastikan tempat duduk & makanan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kalu lepas raya still ade menu laksa utara juga ker

    ReplyDelete