Our Mobile Site                                                                                            JM Suria-KLCC

Mobile Fast Browse Click Here!!                                                         Sekarang di tgkt 4 Suria KLCC Foodcourt On The 4th Floor Suria KLCC Foodcourt

[ MAP JM Puchong ]                   [ Delicious Food ]                      [ Delivery ]                             
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681
Showing posts with label laksa johor. Show all posts
Showing posts with label laksa johor. Show all posts

Thursday

Menu Berbuka Puasa di Restoran JM Puchong

Restoran JM Puchong menghidangkan makanan berbuka Puasa dengan sedikit kelainan dari buffet hidangan yang biasa dipaparkan oleh pengusaha2 lain. Di Restoran JM Puchong, pelanggan boleh memilih makanan secara a'la carte, dan boleh memilih makanan istimewa berbuka mengikut selera & bajet. Tidak perlu membayar untuk makanan yang tidak sempat dijamah. Menu istimewa termasuk kuih muih & pencuci mulut khas dihidang di bulan Ramadhan.


Buah tamar dihidang percuma dan Nasi Beriani Melayu semestinya hidangan utama jika ke Restoran JM.



Tapai Pulut manis, Creme Caramel, Dadih, Jeli Kelapa, Puding jeli menyejukkan tekak selepas berpuasa seharian dan dapat melegakan dahaga setiap pengunjung.



Selain beriani, Mee Rebus, Mee Bandung, Laksa Johor, Laksa Utara juga merupakan hidangan lazat untuk memuaskan pelbagai selera berbuka puasa Ramadhan.


Menu memaparkan pelbagai pencuci mulut dan air minuman segar saperti Sirap Bandung Soda, air kisaran limau kasturi (calamansi) dengan asam boi, Tea Tiga Rasa JM, Air perahan buah2an dan juga tea-tarik, kopi dan roselle.


Jelatah timun, bawang, cili, lobak merah dan Nenas merawat kehilangan selera dengan rasa segar, asam dan sedikit pedas.


Kuih Muih Melayu pilihan harian menceriakan lagi menu berbuka puasa. Pilihan pedas, manis, ranggup & lembut dari pelbagai kuih muih Melayu mengingatkan kembali suasana kampung semasa berbuka.
Sementara itu, air perahan buah2an segar saperti epal, limau manis, nenas, tembikai dan lobak merah membawa pelbagai kebaikan dengan vitamin2 dan zat galian asli memantapkan kesihatan 'imune' dalam diri semasa menjalani ibadat Puasa.

Sila membuat tempahan meja untuk berbuka, memastikan makanan dan meja sedia untuk anda. Tel 0380767269 atau sms 0122005681 untuk membuat tempahan.

Sunday

Restoran Berbuka Puasa Ramadhan, Lazat & Sedap.

Berbuka puasa Ramadhan di restoran bersama keluarga dan kawan2 di Puchong, Selangor. JM Bariani House Puchong membawa pelbagai menu berbuka puasa resepi lazat dan istimewa sedapnya untuk bulan Ramadhan. Restoran ini sering dikunjungi pelanggan2 yang ingin berbuka puasa Ramadhan dari kawasan2 berdekatan ia itu Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Bandar Puteri, Sunway, Serdang, Seri Kembangan, Putra Perdana, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Waktu berbuka puasa bagi kawasan Puchong, Bukit Jalil, seri kembangan, putrajaya, Cyberjaya, Subang jaya boleh didapati di pautan ini:
Pautan Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia



Hidangan istimewa yang sedap dan lazat berupa Nasi Beriani Johor di restoran JM Bariani House Puchong, Selangor. Nasi Beriani Ayam atau Daging atau Kambing dapat memuaskan selera selepas berpuasa Ramadhan seharian. Manakala Sirap Bandung pula melegakan dahaga dengan kepuasan rasa lemak & manis nya yang disusuli perasa rose dan sedikit vanilla. Setiap set Nasi Beriani Johor disertakan dengan acar buah2an dan dalca untuk mencetuskan rasa kari dan asam sebagai pemangkin selera berbuka puasa.




Setelah berbuka puasa dengan buah tamar (kurma) dan air kesukaan, setiap pelanggan JM Puchong boleh ke surau di bawah restoran jika ingin bersolat Fardhu Maghrib, sebelum menyambung menikmati hidangan utama. Surau ini boleh memuatkan 50 orang jemaah sekaligus.




Untuk Berbuka Puasa, Air minuman sejuk dan juga minuman panas disediakan. Selain kopi, tea dan milo, minuman sejuk yang boleh menghilangkan dahaga termasuk Minuman Rozelle, Limau Kasturi asam boi, Sirap Bandung, Tea-Tiga-Rasa dan air Perahan Buah2an saperti limau, epal, nenas dan pelam. Selain itu, Madu Asli juga terdapat sebagai minuman 'honey-lemon'.




Buah-buah segar yang dipamirkan sejuk adalah yang sama untuk air perahan dan juga untuk dihidang sebagai buah potong, sebagai pencuci mulut.




Antara juadah 'sejuk' yang melegakan kekeringan tekak selepas berpuasa termasuk Kek Ais-krim, Creme Caramel, Fruity Jelly Pudding, puding kelapa, tapai pulut, dadih dan sebagainya.




Rusuk Kambing Goreng garing (Lamb Ribs Fried with Rosemary sauce) sungguh istimewa lazatnya bagi penggemar kambing. Garing diluar, ampal didalam isinya dengan cetusan air 'manis kambing' pabila setiap kunyahan. Selalunya dipesan asing untuk dikongsi bersama 2-3 orang. Beriani daging pula memang lembut tetapi ampal dikunyah.




Hidangan Mee & Laksa juga mendapat sambutan amat baik. Keaslian rasa Mee Bandung Muar, Mee Rebus, Laksa Johor dan Laksa Utara terasa kerana pemantauan yang baik semasa setiap pembuatan.




Menu Utama Nasi Beriani, lauk Ayam Goreng Berempah digoreng bersalut tepung berempah, menghasilkan isi ayam yang lembut segar didalam salutan tepung ranggup. Rempah pilihan memang sesuai dengan nasi beriani.




Nasi beriani berlauk Kambing JM bariani House Puchong menghidangkan lauk yang lembut, tidak amis dan terkandung 'manis dagingnya'. Penggemar daging kambing tidak akan memesan lauk yang lain. Lazat dan memuaskan.




Ayam Masak Beriani disukai oleh seluruh lapisan pelanggan restoran ini. Rempah ratus yang disamakan dengan nasinya, daging ayam yang dimasak rapi menyimpan air daging supaya lembut dan lazat.



Berpuasa Ramadhan boleh diceriakan dengan berbuka puasa makanan lazat restoran JM Bariani House. Makanan yang diminati oleh kanak2, dewasa dan termasuk mereka dari antarabangsa tanpa mengira umur dan bangsa.

Sila membuat tempahan berbuka puasa melalui telefon 0380767269 0122005681 atau datang membuat tempahan di restoran beralamat: JM Bariani House Puchong, G25 IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Selangor.


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!



Restoran ini berhampiran Bukit Jalil, Serdang, Kinrara, Sunway, Subang Jaya, Cyberjaya, Putrajaya, Petaling Jaya dan Serdang.

Thursday

Chinese New Year Makan Bersama Keluarga, Gong Xi Fa Cai !!

Makan bersama keluarga tahun bari cina (Gong Xi Fa Cai) di IOI Boulevard Puchong. Nasi Beriani, Laksa Johor, Mee Bandung, Mutton Ribs Rosemary Fried. JM Puchong dibuka terus menerus pada cuti Gong Xi Fa Cai untuk mereka yang tidak balik kampong.Nasi Beriani JM memang disukai oleh setiap ahli keluarga termasuk kanak2 dan dewasa.



Jika anda ingin bawa keluarga ke JM Bariani House Puchong ini, sila buat tempahan supaya senang kami uruskan makanan & tempahan kerusi.

Katering (catering) juga boleh ditempah untuk katering di rumah atau di pejabat.
Beriani recipe Johor memang digemari kerana rasa nya yang lazat (delicious).

GONG XI FA CAI ...




Tel: 03 80767269 0122005681 jmboulevardpuchong@gmail.com

Wednesday

Tahun Baru 2011, Resepi Baru, & Banner Baru di IOI Boulevard

Menu baru Ayam Kampong Goreng, Rosemary Fried Mutton Ribs dan Laksa Johor telah pun di hidang di restoran JM Bariani House (restoran & katering)IOI Boulevard Puchong. Semeriah sambutan Tahun Baru 2011, menu baru dan resepi baru ini diterjemahkan di banner baru dihadapan restoran.



Semeriah nya sambutan Tahun Baru 2011 di IOI Boulevard, dengan bunga api & pesta kugiran, begitu juga meriahnya sambutan pelanggan2 terhadap menu baru ini. Banner ini juga diharap memberi kemudahan kepada pelanggan2 yang pertama kali berkunjung ke IOI Boulevard mengenali restoran JM dan makanan lazat yang terdapat di restoran.

JM Bariani House IOI Boulevard terletak di Lot G25, IOI Boulevard, menghadap ke Jalan Kenari 8. Restoran dibuka dari 11.00pagi hingga 10 malam setiap hari. JM Bariani House Puchong tempat makan yang di sukai oleh keluarga untuk makan malam dan pekerja2 pejabat di sekitar Bandar Puchong Jaya. Restoran beriani ini juga menjalankan katering dirumah & pejabat.

Monday

Paparan Menu Utama di Restoran

Di sebabkan restoran JM IOI Boulevard ini kurang menyerlah dari Jalan Kenari Bandar Puchong Jaya ini, JM akan merentang banner di hadapan restoran. Gambar makanan utama; beriani, ayam kampung, Rusuk kambing rosemary, mutton ribs, mee bandung, Laksa Johor dan Kuih Melayu diharap dapat menarik perhatian mereka yang lalu lalang di Jalan Kenari ini.

Banner Rentang dengan Paparan Gambar Makanan


Semua gambar makanan ini, memberi gambaran kepada penduduk setempat dan mereka yang melawat IOI Boulevard tentang hidangan istimewa yang terdapat di restoran.

Friday

Restoran Keluarga JM Bariani - Kanak2 Sangat Suka Makanan di sini..

Menjamu selera diluar bersama keluarga sebagai aktibiti riadah yang dinantikan oleh setiap ahli keluarga, terutama anak2. Anak2 kecil yang selalu kita tinggalkan bersama orang gaji atau pengasuh, sangatlah mengharap dapat berjalan2 bersama ibu-bapa di hujung minggu.
Di JM Bariani House Puchong, kanak2 sangat sukakan nasi beriani, malah yang tidak suka makan nasi pun habiskan hidangan nasi beriani mereka tanpa disuruh.

JM Bariani House di IOI Boulevard Puchong

JM Bariani House Puchong menghidangkan Nasi Beriani Ayam, Ayam Masak Merah, Daging, Kambing (mutton), Kambing Kuzi & Rosemary Fried Mutton Ribs. Menu pilihan a'la carte termasuk mee bandung, rojak petis, tauhu bakar, Laksa Johor (Baru) dan lain2 termasuk kueh mueh Melayu & Jus asli perahan buah segar.



Laksa Johor - Menu baru yang lazat di IOI Boulevard

Resepi Laksa Johor berasaskan spaghetti dan kuah ikan.Ikan parang yang terbaik untuk Laksa Johor kerana manis ikan nya sangat terasa & sesuai untuk dijadikan kuah Laksa Johor. Di Lembah Kelang hanya beberapa tempat makan yang menghidangkan menu Laksa Johor ini.

Datang la mencuba nasi beriani JM di IOI Boulevard bersama keluarga. Berbagai pilihan menu saperti Tauhu Bakar, Mee Bandung, Rojak Petis, Laksa Johor dan banyak lagi menu utama termasuk kek & kueh mueh Melayu memang best.
Restoran dibuka setiap hari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, termasuk dihujung minggu.