Our Mobile Site                                                                                            JM Suria-KLCC

Mobile Fast Browse Click Here!!                                                         Sekarang di tgkt 4 Suria KLCC Foodcourt On The 4th Floor Suria KLCC Foodcourt

[ MAP JM Puchong ]                   [ Delicious Food ]                      [ Delivery ]                             
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681

Tuesday

Restoran Melayu JM Bariani House Puchong

[English]
Restoran Melayu di IOI Boulevard Puchong, JM Bariani House Puchong terletak berhadapan Jalan Kenari 8. Menu utama restoran Melayu ini, nasi beriani Melayu Johor mendapat sambutan panas dari pelanggan Puchong yang kebanyakkan nya berketurunan Cina. Restoran JM Bariani House Puchong ini adalah yang ke 15 dari 22 buah restoran dalam rangkaian franchise JM Bariani House. Selain restoran, katering masakan Melayu, Cina dan Barat juga disediakan.

Restoran Melayu Berhawa Dingin


Katering Pejabat atau Rumah

Nasi Beriani Melayu Johor

Laksa Utara, Mee Bandung & Mee Rebus

Terdapat juga hidangan lain, makanan resepi Melayu yang tidak terdapat dikebanyakkan restoran tetapi sedap2 saperti Laksa Utara, Mee Bandung, Mee Rebus dan Laksa Johor. Selain itu, terdapat juga menu tradisi JM saperti Tauhu Bakar & Rojak Petis sebagai pembuka rasa (appetizers).

Aneka Buah2an, Desserts dan Minuman Sejuk dan Panas

Pencuci mulut melengkapkan hidangan nasi beriani Melayu Johor restoran ini termasuk potongan buah2an dan desserts saperti jeli kelapa, chocolate cupkek, tapai, dadih & creme caramel.


Kuih Samosa, Kuih Bakar & Karipap

Minuman petang restoran menghidangkan kuih2 Melayu tradisi saperti Samosa, kuih bakar, karipap, seri muka, Kuih Puteri Dua Sebilik, kuih lapis dan sebagainya. Kuih2 Melayu di restoran ini dipilih dan berbeza setiap hari bagi memberi pilihan yang sesuai setiap kali berkunjung.

Bertemu Kawan2 Lama (Reunion)

Dengan suasana restoran yang ceria dan casual, sememangnya menjadi tempat popular untuk mengadakan perjumpaan kawan2 lama sekolah atau kolej. Tempat letak kereta yang luas dibawah IOI Boulevard ini menyenangkan lagi kunjungan untuk bersama kawan2 lama.


Majlis Hadiah di Restoran

Pelanggan boleh mengadakan jamuan untuk pekerja2 syarikat, membuat tempahan khas untuk majlis penyampaian sijil, hadiah, keraian dan majlis hari raya dan sebagainya. Restoran boleh menyediakan makanan khas Melayu, Cina atau Barat atau menyediakan hidangan buffet di dalam restoran. Syarikat tidak perlu menempah lokasi yang mahal untuk aktibiti2 ini, sedangkan restoran ini menyediakan makanan yang sedap dan premis yang diakui "paling bersih" oleh Majlis Perbandaran.



Suasana Waktu Makan Tengahhari dan Malam

Restoran menjadi sibuk pada waktu makan tengahhari dan makan malam, dan menjadi tenang semula pada waktu2 yang lain. Walaupun sibuk, restoran Melayu ini menyusun kerusi meja di kawasan Alfresco boulevard di hadapan restoran sebagai ruang tambahan berjuadah.

Restoran JM Bariani di IOI Boulevard

Restoran berada di IOI Boulevard, menghadap Jalan Kenari 8 (seberang IOI Mall dari LDP). Restoran JM Bariani House Puchong berhawa dingin dan juga kawasan alfresco di luarnya. Kemudahan termasuk WiFi, bayaran kad Visa Mastercard dan banyak tempat letak kereta di bawah Boulevard.

Tel: 03 80767269 0122005681 jmboulevardpuchong@gmail.com (tempahan meja dan katering)


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!