Our Mobile Site                                                                                            JM Suria-KLCC

Mobile Fast Browse Click Here!!                                                         Sekarang di tgkt 4 Suria KLCC Foodcourt On The 4th Floor Suria KLCC Foodcourt

[ MAP JM Puchong ]                   [ Delicious Food ]                      [ Delivery ]                             
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681
Showing posts with label IOI boulevard. Show all posts
Showing posts with label IOI boulevard. Show all posts

Tuesday

Restoran Melayu JM Bariani House Puchong

[English]
Restoran Melayu di IOI Boulevard Puchong, JM Bariani House Puchong terletak berhadapan Jalan Kenari 8. Menu utama restoran Melayu ini, nasi beriani Melayu Johor mendapat sambutan panas dari pelanggan Puchong yang kebanyakkan nya berketurunan Cina. Restoran JM Bariani House Puchong ini adalah yang ke 15 dari 22 buah restoran dalam rangkaian franchise JM Bariani House. Selain restoran, katering masakan Melayu, Cina dan Barat juga disediakan.

Restoran Melayu Berhawa Dingin


Katering Pejabat atau Rumah

Nasi Beriani Melayu Johor

Laksa Utara, Mee Bandung & Mee Rebus

Terdapat juga hidangan lain, makanan resepi Melayu yang tidak terdapat dikebanyakkan restoran tetapi sedap2 saperti Laksa Utara, Mee Bandung, Mee Rebus dan Laksa Johor. Selain itu, terdapat juga menu tradisi JM saperti Tauhu Bakar & Rojak Petis sebagai pembuka rasa (appetizers).

Aneka Buah2an, Desserts dan Minuman Sejuk dan Panas

Pencuci mulut melengkapkan hidangan nasi beriani Melayu Johor restoran ini termasuk potongan buah2an dan desserts saperti jeli kelapa, chocolate cupkek, tapai, dadih & creme caramel.


Kuih Samosa, Kuih Bakar & Karipap

Minuman petang restoran menghidangkan kuih2 Melayu tradisi saperti Samosa, kuih bakar, karipap, seri muka, Kuih Puteri Dua Sebilik, kuih lapis dan sebagainya. Kuih2 Melayu di restoran ini dipilih dan berbeza setiap hari bagi memberi pilihan yang sesuai setiap kali berkunjung.

Bertemu Kawan2 Lama (Reunion)

Dengan suasana restoran yang ceria dan casual, sememangnya menjadi tempat popular untuk mengadakan perjumpaan kawan2 lama sekolah atau kolej. Tempat letak kereta yang luas dibawah IOI Boulevard ini menyenangkan lagi kunjungan untuk bersama kawan2 lama.


Majlis Hadiah di Restoran

Pelanggan boleh mengadakan jamuan untuk pekerja2 syarikat, membuat tempahan khas untuk majlis penyampaian sijil, hadiah, keraian dan majlis hari raya dan sebagainya. Restoran boleh menyediakan makanan khas Melayu, Cina atau Barat atau menyediakan hidangan buffet di dalam restoran. Syarikat tidak perlu menempah lokasi yang mahal untuk aktibiti2 ini, sedangkan restoran ini menyediakan makanan yang sedap dan premis yang diakui "paling bersih" oleh Majlis Perbandaran.



Suasana Waktu Makan Tengahhari dan Malam

Restoran menjadi sibuk pada waktu makan tengahhari dan makan malam, dan menjadi tenang semula pada waktu2 yang lain. Walaupun sibuk, restoran Melayu ini menyusun kerusi meja di kawasan Alfresco boulevard di hadapan restoran sebagai ruang tambahan berjuadah.

Restoran JM Bariani di IOI Boulevard

Restoran berada di IOI Boulevard, menghadap Jalan Kenari 8 (seberang IOI Mall dari LDP). Restoran JM Bariani House Puchong berhawa dingin dan juga kawasan alfresco di luarnya. Kemudahan termasuk WiFi, bayaran kad Visa Mastercard dan banyak tempat letak kereta di bawah Boulevard.

Tel: 03 80767269 0122005681 jmboulevardpuchong@gmail.com (tempahan meja dan katering)


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!

Friday

Surau Restoran JM Puchong, Bilik Solat Muat 40-50 Jemaah.

Kemudahan surau atau bilik sembahyang (solat) sekarang menjadi keperluan bagi restoran-restoran Melayu saperti JM Bariani House. Program makan malam, bersama keluarga atau rakan2 kerja dan rakan2 niaga selalu nya tidak mengikut masa yang sesuai untuk menjalankan solat fardu. JM Bariani House Puchong memudahkan pengunjung melakukan solat di surau (bilik solat) di paras bawah restoran. Sejadah, Al-Quran, tempat wuduq disediakan untuk keselesaan bersolat.


Makanan Lazat JM Bariani House


Sambil menikmati makanan lazat, pengunjung2 JM Bariani House Puchong hanya perlu turun satu tangga untuk menjalankan kewajipan bersolat. Berjemaah atau secara persaorangan.



Surau Yang Selesa


Surau di IOI Boulevard yang dijaga rapi, bersih dan selesa untuk menjalakan kewajipan solat.




Surau di IOI Boulevard berada di bawah Restoran JM Bariani House. Setiap surau lelaki & surau wanita boleh memuatkan 40-50 orang bersolat jema'ah.Dibuka dari tengahhari hingga 10.00 malam, pengunjung JM boleh turun untuk menunaikan kewajipan sembahyang dengan selesa. Surau IOI Boulevard bilik nya berhawa dingin, di sediakan tempat wuduk yang bersih, sejadah dan berkarpet. Juga disediakan beberapa buah naskah AlQuran untuk kemudahan pengunjung.

tel: 0380767269 0122005681 jmboulevardpuchong.blogspot.com

Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Saturday

Tempahan Jamuan Makan Di Restoran

Jamuan makan untuk kakitangan syarikat di restoran JM Bariani House boleh buat tempahan sehingga 100 pax. Tempahan a'la buffet atau secara hidangan. Semenjak beroperasi, JM Puchong restoran telah banyak kali membuat 'reservations' sama-ada intuk makan tengahhari atau pun malam dan mendapat kepujian dari pengunjung2 terutama yang pertama kali merasai hidangan beriani Johor JM.


Restoran Tempahan Jamuan Makan

Restoran berhawa dingin, selesa untuk semua, termasuk kanak2.


Hidangan Buffet atau Set Boleh di Tempah

Makan-makan bersama kawan2 pejabat 'Group meals' juga menjadi tumpuan di restoran JM Bariani House Puchong. Sememangnya restoran ini merupakan satu nya restoran Melayu di IOI Boulevard, bertaraf sederhana.

Jika ingin membuat tempahan meja, sila hubungi 0380767269 atau sms 0122005681 atau email jmboulevardpuchong@gmail.com

Sunday

Rusuk Kambing Goreng Rosemary.. 'Best Makan'

Rusuk kambing goreng dengan rosemary di JM Bariani IOI Boulevard Puchong memang diakui sedap. Hidangan makanan sedap ini biasa nya dikongsi bersama kawan2 yang masing2 dengan hidangan beriani kesukaan.

Rusuk Kambing Garing dalam Rosemary


Rusuk dari kambing biri2 (mutton) digoreng garing dan isi rusuk pula ampal dikunyah dengan 'manis-daging' biri2 nya terasa, bagi penggemar daging garing.
Sememangnya enak bersama nasi beriani atau makan begitu sahaja bersama air limau kasturi asam boi. Garing daging lapisan luar rusuk beradun rosemary dan 'manis-daging' dari lapisan dalam rusuk sungguh memuaskan kunyahan & rasanya. Hidangan rusuk garing ini disertakan 'rosemary sauce' untuk melengkapkan kelazatan nya.

JM Bariani House IOI Boulevard Puchong menghidangkan makanan2 yang sedap dan unique saperti rusuk kambing rosemary garing ini.

Wednesday

Tahun Baru 2011, Resepi Baru, & Banner Baru di IOI Boulevard

Menu baru Ayam Kampong Goreng, Rosemary Fried Mutton Ribs dan Laksa Johor telah pun di hidang di restoran JM Bariani House (restoran & katering)IOI Boulevard Puchong. Semeriah sambutan Tahun Baru 2011, menu baru dan resepi baru ini diterjemahkan di banner baru dihadapan restoran.



Semeriah nya sambutan Tahun Baru 2011 di IOI Boulevard, dengan bunga api & pesta kugiran, begitu juga meriahnya sambutan pelanggan2 terhadap menu baru ini. Banner ini juga diharap memberi kemudahan kepada pelanggan2 yang pertama kali berkunjung ke IOI Boulevard mengenali restoran JM dan makanan lazat yang terdapat di restoran.

JM Bariani House IOI Boulevard terletak di Lot G25, IOI Boulevard, menghadap ke Jalan Kenari 8. Restoran dibuka dari 11.00pagi hingga 10 malam setiap hari. JM Bariani House Puchong tempat makan yang di sukai oleh keluarga untuk makan malam dan pekerja2 pejabat di sekitar Bandar Puchong Jaya. Restoran beriani ini juga menjalankan katering dirumah & pejabat.

Monday

Paparan Menu Utama di Restoran

Di sebabkan restoran JM IOI Boulevard ini kurang menyerlah dari Jalan Kenari Bandar Puchong Jaya ini, JM akan merentang banner di hadapan restoran. Gambar makanan utama; beriani, ayam kampung, Rusuk kambing rosemary, mutton ribs, mee bandung, Laksa Johor dan Kuih Melayu diharap dapat menarik perhatian mereka yang lalu lalang di Jalan Kenari ini.

Banner Rentang dengan Paparan Gambar Makanan


Semua gambar makanan ini, memberi gambaran kepada penduduk setempat dan mereka yang melawat IOI Boulevard tentang hidangan istimewa yang terdapat di restoran.

Friday

Menu: Malay Briyani Restaurant (Beriani Melayu Johor)

The JM Beriani House Puchong restaurant serves clients from Puchong, Bukit Jalil, Sunway, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi & Petaling Jaya. Located at the IOI Boulevard, this Puchong outlet has quickly becomes favourite for family & corporate dining of diners from Bukit Jalil to Petaling Jaya. Delicious beriani in air-conditioned hall with ample space for kids & sofa seats make dining comfortable.

The Beriani:


The Beriani Johor.
Rice prepared with right blend of spices.Tastes good by itself


Click here: to Read More...

Tuesday

Restoran Beriani Melayu, JM Bariani di Puchong Boulevard.

JM Bariani House sekarang di Puchong Selangor, berada di Lot G25, IOI Boulevard, menghidangkan nasi beriani Melayu resepi Johor (Malay baryani, biryani). Restoran JM Puchong bereka-bentuk moden, memberi perkhidmatan kepada pelanggan2 dari Puchong, Bukit Jalil, Sunway, Subang, Kinrara,Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, malah semua dari Kuala Lumpur & Selangor. Beriani JM memang terkenal di lembah Kelang dengan nasi nya yg kenyal, sedap dan berlaukkan ayam, daging dan kambing, sekarang di Puchong IOI Boulevard, Selangor, dibuka untuk makan tengahhari & makan malam.Lauk ayam, daging dan kambing dimasak dengan rempah-ratus Melayu yang sesuai dengan nasi beriani & disukai oleh keluarga, kanak2 & dewasa. Malah, disukai oleh mereka dari negara lain termasuk dari Arab, Eropa & Asia Timur.

Semasa pembukaan di IOI Boulevard Puchong


Rekabentuk Moden, Berhawa Dingin & Kawasan Santai


Restoran Melayu ini berkonsep moden, berhawa dingin, hiasan yang menarik, berkerusi sofa, tempat santai (alfresco) dan buat masa ini, design nya lain dari Restoran JM Bariani House yang lain saperti Bangi, Petaling Jaya, Shah Alam atau Ampang.


Restoran Melayu ini mendapat sambutan dari kalangan mereka yang bekerja di Puchong untuk makan tengahhari dan juga dari kalangan keluarga dari Puchong, Bukit Jalil, Petaling Jaya, Cyberjaya & Putrajaya untuk menikmati makan malam bersama keluarga.

Makan tengahhari bersama kawan sepejabat

Walaupun dengan kawan2 mempunyai cita-selera yang berlainan, beriani JM pasti memuaskan setiap pengunjung berbilang bangsa, malah rakyat Malaysia keturunan Cina ramai yang menjadi pelanggan tetap JM Bariani House Puchong.


Peta ke JM Bariani House Puchong

Lokasi di Lot G25 IOI Boulevard Bandar Puchong Jaya, bertentangan dengan IOI Mall. Sila datang bersama keluarga untuk menikmati makan malam & makan hujung minggu di JM Bariani House Puchong, dengan selesa & menu yang pasti memuaskan.


Pasti Memuaskan Setiap Selera-rasa

Untuk Majlis Katering
Sila Berhubung atau Berkunjung ke Restoran,
Pasti memuaskan tetamu anda.

JM Bariani House Puchong
(Saji Pujian Sdn Bhd)
G25, IOI Boulevard,
Jalan Kenari 5,
Bandar Puchong Jaya,
47170 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

+603 8076 7269
+012 2005681 (sms)
jmboulevardpuchong@gmail.com


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!

Submit Express Inc.Reputation Management
Link Market - Free Link Exchange, Link Building and Link Trade Directory
Have you ever tried to exchange links, link building, or trade links? Was it hard? Use link market instead; - it is easy to use, free and very smart. It will save you hours of work.