Our Mobile Site                                                                                            JM Suria-KLCC

Mobile Fast Browse Click Here!!                                                         Sekarang di tgkt 4 Suria KLCC Foodcourt On The 4th Floor Suria KLCC Foodcourt

[ MAP JM Puchong ]                   [ Delicious Food ]                      [ Delivery ]                             
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681
Showing posts with label restoran selangor. Show all posts
Showing posts with label restoran selangor. Show all posts

Tuesday

Restoran Melayu JM Bariani House Puchong

[English]
Restoran Melayu di IOI Boulevard Puchong, JM Bariani House Puchong terletak berhadapan Jalan Kenari 8. Menu utama restoran Melayu ini, nasi beriani Melayu Johor mendapat sambutan panas dari pelanggan Puchong yang kebanyakkan nya berketurunan Cina. Restoran JM Bariani House Puchong ini adalah yang ke 15 dari 22 buah restoran dalam rangkaian franchise JM Bariani House. Selain restoran, katering masakan Melayu, Cina dan Barat juga disediakan.

Restoran Melayu Berhawa Dingin


Katering Pejabat atau Rumah

Nasi Beriani Melayu Johor

Laksa Utara, Mee Bandung & Mee Rebus

Terdapat juga hidangan lain, makanan resepi Melayu yang tidak terdapat dikebanyakkan restoran tetapi sedap2 saperti Laksa Utara, Mee Bandung, Mee Rebus dan Laksa Johor. Selain itu, terdapat juga menu tradisi JM saperti Tauhu Bakar & Rojak Petis sebagai pembuka rasa (appetizers).

Aneka Buah2an, Desserts dan Minuman Sejuk dan Panas

Pencuci mulut melengkapkan hidangan nasi beriani Melayu Johor restoran ini termasuk potongan buah2an dan desserts saperti jeli kelapa, chocolate cupkek, tapai, dadih & creme caramel.


Kuih Samosa, Kuih Bakar & Karipap

Minuman petang restoran menghidangkan kuih2 Melayu tradisi saperti Samosa, kuih bakar, karipap, seri muka, Kuih Puteri Dua Sebilik, kuih lapis dan sebagainya. Kuih2 Melayu di restoran ini dipilih dan berbeza setiap hari bagi memberi pilihan yang sesuai setiap kali berkunjung.

Bertemu Kawan2 Lama (Reunion)

Dengan suasana restoran yang ceria dan casual, sememangnya menjadi tempat popular untuk mengadakan perjumpaan kawan2 lama sekolah atau kolej. Tempat letak kereta yang luas dibawah IOI Boulevard ini menyenangkan lagi kunjungan untuk bersama kawan2 lama.


Majlis Hadiah di Restoran

Pelanggan boleh mengadakan jamuan untuk pekerja2 syarikat, membuat tempahan khas untuk majlis penyampaian sijil, hadiah, keraian dan majlis hari raya dan sebagainya. Restoran boleh menyediakan makanan khas Melayu, Cina atau Barat atau menyediakan hidangan buffet di dalam restoran. Syarikat tidak perlu menempah lokasi yang mahal untuk aktibiti2 ini, sedangkan restoran ini menyediakan makanan yang sedap dan premis yang diakui "paling bersih" oleh Majlis Perbandaran.



Suasana Waktu Makan Tengahhari dan Malam

Restoran menjadi sibuk pada waktu makan tengahhari dan makan malam, dan menjadi tenang semula pada waktu2 yang lain. Walaupun sibuk, restoran Melayu ini menyusun kerusi meja di kawasan Alfresco boulevard di hadapan restoran sebagai ruang tambahan berjuadah.

Restoran JM Bariani di IOI Boulevard

Restoran berada di IOI Boulevard, menghadap Jalan Kenari 8 (seberang IOI Mall dari LDP). Restoran JM Bariani House Puchong berhawa dingin dan juga kawasan alfresco di luarnya. Kemudahan termasuk WiFi, bayaran kad Visa Mastercard dan banyak tempat letak kereta di bawah Boulevard.

Tel: 03 80767269 0122005681 jmboulevardpuchong@gmail.com (tempahan meja dan katering)


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!

Sunday

Restoran Berbuka Puasa Ramadhan, Lazat & Sedap.

Berbuka puasa Ramadhan di restoran bersama keluarga dan kawan2 di Puchong, Selangor. JM Bariani House Puchong membawa pelbagai menu berbuka puasa resepi lazat dan istimewa sedapnya untuk bulan Ramadhan. Restoran ini sering dikunjungi pelanggan2 yang ingin berbuka puasa Ramadhan dari kawasan2 berdekatan ia itu Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Bandar Puteri, Sunway, Serdang, Seri Kembangan, Putra Perdana, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Waktu berbuka puasa bagi kawasan Puchong, Bukit Jalil, seri kembangan, putrajaya, Cyberjaya, Subang jaya boleh didapati di pautan ini:
Pautan Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia



Hidangan istimewa yang sedap dan lazat berupa Nasi Beriani Johor di restoran JM Bariani House Puchong, Selangor. Nasi Beriani Ayam atau Daging atau Kambing dapat memuaskan selera selepas berpuasa Ramadhan seharian. Manakala Sirap Bandung pula melegakan dahaga dengan kepuasan rasa lemak & manis nya yang disusuli perasa rose dan sedikit vanilla. Setiap set Nasi Beriani Johor disertakan dengan acar buah2an dan dalca untuk mencetuskan rasa kari dan asam sebagai pemangkin selera berbuka puasa.




Setelah berbuka puasa dengan buah tamar (kurma) dan air kesukaan, setiap pelanggan JM Puchong boleh ke surau di bawah restoran jika ingin bersolat Fardhu Maghrib, sebelum menyambung menikmati hidangan utama. Surau ini boleh memuatkan 50 orang jemaah sekaligus.




Untuk Berbuka Puasa, Air minuman sejuk dan juga minuman panas disediakan. Selain kopi, tea dan milo, minuman sejuk yang boleh menghilangkan dahaga termasuk Minuman Rozelle, Limau Kasturi asam boi, Sirap Bandung, Tea-Tiga-Rasa dan air Perahan Buah2an saperti limau, epal, nenas dan pelam. Selain itu, Madu Asli juga terdapat sebagai minuman 'honey-lemon'.




Buah-buah segar yang dipamirkan sejuk adalah yang sama untuk air perahan dan juga untuk dihidang sebagai buah potong, sebagai pencuci mulut.




Antara juadah 'sejuk' yang melegakan kekeringan tekak selepas berpuasa termasuk Kek Ais-krim, Creme Caramel, Fruity Jelly Pudding, puding kelapa, tapai pulut, dadih dan sebagainya.




Rusuk Kambing Goreng garing (Lamb Ribs Fried with Rosemary sauce) sungguh istimewa lazatnya bagi penggemar kambing. Garing diluar, ampal didalam isinya dengan cetusan air 'manis kambing' pabila setiap kunyahan. Selalunya dipesan asing untuk dikongsi bersama 2-3 orang. Beriani daging pula memang lembut tetapi ampal dikunyah.




Hidangan Mee & Laksa juga mendapat sambutan amat baik. Keaslian rasa Mee Bandung Muar, Mee Rebus, Laksa Johor dan Laksa Utara terasa kerana pemantauan yang baik semasa setiap pembuatan.




Menu Utama Nasi Beriani, lauk Ayam Goreng Berempah digoreng bersalut tepung berempah, menghasilkan isi ayam yang lembut segar didalam salutan tepung ranggup. Rempah pilihan memang sesuai dengan nasi beriani.




Nasi beriani berlauk Kambing JM bariani House Puchong menghidangkan lauk yang lembut, tidak amis dan terkandung 'manis dagingnya'. Penggemar daging kambing tidak akan memesan lauk yang lain. Lazat dan memuaskan.




Ayam Masak Beriani disukai oleh seluruh lapisan pelanggan restoran ini. Rempah ratus yang disamakan dengan nasinya, daging ayam yang dimasak rapi menyimpan air daging supaya lembut dan lazat.



Berpuasa Ramadhan boleh diceriakan dengan berbuka puasa makanan lazat restoran JM Bariani House. Makanan yang diminati oleh kanak2, dewasa dan termasuk mereka dari antarabangsa tanpa mengira umur dan bangsa.

Sila membuat tempahan berbuka puasa melalui telefon 0380767269 0122005681 atau datang membuat tempahan di restoran beralamat: JM Bariani House Puchong, G25 IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Selangor.


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!



Restoran ini berhampiran Bukit Jalil, Serdang, Kinrara, Sunway, Subang Jaya, Cyberjaya, Putrajaya, Petaling Jaya dan Serdang.