Nasi beriani Ayam , Ayam Goreng Berempah & Kambing Beriani antara yang paling popular, the best yang selalu dihidang atas permintaan pelanggan. Lauk2 beriani JM dimasak hingga lembut dan manis daging terasa dengan rempah ratus yang tidak pedas. Kanak2 yang tidak pernah memakan hidangan rempah pun menyukainya.
Nasi Bariani Johor memang sedap jika dimakan begitu sahaja. Lauk beriani dimasak dengan rempah ratus yg menyerlahkan kelazatan nasi beriani. Di JM Puchong, Beriani di hidang bersama kuah dalca & acar buah. Dalca beresepikan terung & kacang dhal, sementara acar dibuat dari jeruk buahan, sebagai appetiser yg mengecurkan. Jika anda berada di Bukit Jalil, Sunway atau di Puchong, sila lah bersama kawan2 dan keluarga menikmati hidangan istimewa ini. Memang menyelerakan.
JM Bariani House IOI Boulevard Puchong adalah restoran franchise dari JM Bariani House. Restoran terletak di IOI Boulevard, menghadap belakang Boulevard ke Jalan Kenari. Tel: 03 8076 7269 jmboulevardpuchong@gmail.com
No comments:
Post a Comment