Our Mobile Site                                                                                            JM Suria-KLCC

Mobile Fast Browse Click Here!!                                                         Sekarang di tgkt 4 Suria KLCC Foodcourt On The 4th Floor Suria KLCC Foodcourt

[ MAP JM Puchong ]                   [ Delicious Food ]                      [ Delivery ]                             
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681
Showing posts with label beriani johor. Show all posts
Showing posts with label beriani johor. Show all posts

Tuesday

Nasi Beriani Johor JM Sekarang Di KLCC Suria Tingkat 4 Foodcourt.

Nasi Beriani Johor masakan JM (biryani) telah pun dijual di Suria KLCC tingkat 4 foodcourt. Warga kerja di Kuala Lumpur sekarang boleh menikmati Nasi Beriani Johor di Suria KLCC ini tanpa perlu keluar jauh dari pejabat masing2. Ini merupakan satu perkembangan yang boleh dikatakan penting bagi JM kerana hidangan istimewa resepi Johor telah ditempatkan di pusat Kuala Lumpur. Kemudahan perjalanan ke KLCC Suria dari rangkaian LRT & Putra menyenangkan pengunjung untuk berjuadah dengan selesa disuasana 'ultra-modern' KLCC.


Terletak di Tingkat 4, Foodcourt Suria KLCC



Makan-makan di Suria KLCC, Nasi Beriani Johor



Beriani resepi Johor masakan JM ini boleh didapati di Foodcourt tingkat 4, Suria KLCC. Sila berkunjung bersama rakan2 sepejabat atau bersama keluarga sambil berjalan2 di KLCC.

JM Bariani House, buat masa ini, telah berkembang kepada 20 cawangan franchise di Lembah Kelang.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung email: berianiboulevardpuchong@gmail.com atau tel: 0166865140
Untuk katering sila berhubung 0380767269 atau 0122005681



Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!

Sunday

Menu Utama JM Bariani Puchong


Menu utama yang popular di JM Bariani House Puchong sememangnya Nasi Beriani Johor berlauk Ayam, Daging dan Kambing. Nasi beriani JM setiap hari rasa keaslian beriani nya tiada beza dari segi kelazatan & kemantapan nasi dan lauknya. Nasi nya mampat tetapi lembut, rempahnya beradun eluk dengan butiran nasinya dari beras Basmathi. Lauknya pula tidak hamis tetapi mengecurkan 'manis daging' pada setiap kunyahan, lembut tetapi ampal. Kuah lauk beriani tidak pedas tetapi cukup rasa rempah-ratusnya yang seimbang dengan nasi beriani itu sendiri.

A'la Carte Menu juga amat popular di JM Bariani House Puchong. Laksa Johor, Mee Bandung, Tauhu Bakar, Rojak Petis adalah antara yang paling diminati. Selain itu, Rojak Buah, Salad Waldorf juga terdapat di cawangan IOI Boulevard Puchong ini. Untuk kanak2, JM Bariani Puchong juga membawa menu Chicken Cocktail, Chicken Nugget dan French fries sebagai makanan ringan, memberi pilihan kepada kanak2 yang sudah biasa dengan makanan restoran segera.

Pencuci Mulut "Desserts" pula di pelbagaikan dengan juadah Melayu dan barat. Tapai pulut dan Tapai ubi adalah antara juadah desserts tradisi Melayu yang terdapat di JM Bariani House Puchong. Tapai memang tidak dijual merata tempat kerana proses penapaian ragi nya memakan masa 2-3 hari sebelum bersedia untuk dihidang.Tapai jiga digandingkan dengan aiskrim vanila, menyegarkan dan bagus untuk pencernaan makanan.

Saturday

Tempahan Jamuan Makan Di Restoran

Jamuan makan untuk kakitangan syarikat di restoran JM Bariani House boleh buat tempahan sehingga 100 pax. Tempahan a'la buffet atau secara hidangan. Semenjak beroperasi, JM Puchong restoran telah banyak kali membuat 'reservations' sama-ada intuk makan tengahhari atau pun malam dan mendapat kepujian dari pengunjung2 terutama yang pertama kali merasai hidangan beriani Johor JM.


Restoran Tempahan Jamuan Makan

Restoran berhawa dingin, selesa untuk semua, termasuk kanak2.


Hidangan Buffet atau Set Boleh di Tempah

Makan-makan bersama kawan2 pejabat 'Group meals' juga menjadi tumpuan di restoran JM Bariani House Puchong. Sememangnya restoran ini merupakan satu nya restoran Melayu di IOI Boulevard, bertaraf sederhana.

Jika ingin membuat tempahan meja, sila hubungi 0380767269 atau sms 0122005681 atau email jmboulevardpuchong@gmail.com

Best Nasi Beriani Johor di restoran JM Puchong, Selangor

Nasi Beriani best dari JM berada di 14 buah restoran di Selangor, termasuk Puchong IOI Boulevard. Makanan di restoran JM yang popular termasuk Nasi beriani berlaukkan Ayam beriani, Ayam Goreng Berempah, Kambing Beriani & Daging Beriani & Laksa Johor. Sambutan pelanggan amatlah menggalakkan dan di anggap sebagai tempat makan best, untuk keluarga dari Bukit Jalil, Sunway, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi & Petaling Jaya.



好吃 Nasi Beriani Ayam, Nasi Beriani Ayam Goreng Berempah, Nasi Beriani Kambing



Nasi beriani Ayam , Ayam Goreng Berempah & Kambing Beriani antara yang paling popular, the best yang selalu dihidang atas permintaan pelanggan. Lauk2 beriani JM dimasak hingga lembut dan manis daging terasa dengan rempah ratus yang tidak pedas. Kanak2 yang tidak pernah memakan hidangan rempah pun menyukainya.


menu beriani set ayam
Nasi beriani Set of Nasi, Lauk Acar & Dalca


Nasi Bariani Johor memang sedap jika dimakan begitu sahaja. Lauk beriani dimasak dengan rempah ratus yg menyerlahkan kelazatan nasi beriani. Di JM Puchong, Beriani di hidang bersama kuah dalca & acar buah. Dalca beresepikan terung & kacang dhal, sementara acar dibuat dari jeruk buahan, sebagai appetiser yg mengecurkan. Jika anda berada di Bukit Jalil, Sunway atau di Puchong, sila lah bersama kawan2 dan keluarga menikmati hidangan istimewa ini. Memang menyelerakan.

JM Bariani House IOI Boulevard Puchong adalah restoran franchise dari JM Bariani House. Restoran terletak di IOI Boulevard, menghadap belakang Boulevard ke Jalan Kenari. Tel: 03 8076 7269 jmboulevardpuchong@gmail.com