Our Mobile Site                                                                                            JM Suria-KLCC

Mobile Fast Browse Click Here!!                                                         Sekarang di tgkt 4 Suria KLCC Foodcourt On The 4th Floor Suria KLCC Foodcourt

[ MAP JM Puchong ]                   [ Delicious Food ]                      [ Delivery ]                             
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681
Showing posts with label beriani kambing. Show all posts
Showing posts with label beriani kambing. Show all posts

Sunday

Menu Utama JM Bariani Puchong


Menu utama yang popular di JM Bariani House Puchong sememangnya Nasi Beriani Johor berlauk Ayam, Daging dan Kambing. Nasi beriani JM setiap hari rasa keaslian beriani nya tiada beza dari segi kelazatan & kemantapan nasi dan lauknya. Nasi nya mampat tetapi lembut, rempahnya beradun eluk dengan butiran nasinya dari beras Basmathi. Lauknya pula tidak hamis tetapi mengecurkan 'manis daging' pada setiap kunyahan, lembut tetapi ampal. Kuah lauk beriani tidak pedas tetapi cukup rasa rempah-ratusnya yang seimbang dengan nasi beriani itu sendiri.

A'la Carte Menu juga amat popular di JM Bariani House Puchong. Laksa Johor, Mee Bandung, Tauhu Bakar, Rojak Petis adalah antara yang paling diminati. Selain itu, Rojak Buah, Salad Waldorf juga terdapat di cawangan IOI Boulevard Puchong ini. Untuk kanak2, JM Bariani Puchong juga membawa menu Chicken Cocktail, Chicken Nugget dan French fries sebagai makanan ringan, memberi pilihan kepada kanak2 yang sudah biasa dengan makanan restoran segera.

Pencuci Mulut "Desserts" pula di pelbagaikan dengan juadah Melayu dan barat. Tapai pulut dan Tapai ubi adalah antara juadah desserts tradisi Melayu yang terdapat di JM Bariani House Puchong. Tapai memang tidak dijual merata tempat kerana proses penapaian ragi nya memakan masa 2-3 hari sebelum bersedia untuk dihidang.Tapai jiga digandingkan dengan aiskrim vanila, menyegarkan dan bagus untuk pencernaan makanan.

Friday

Restoran Keluarga JM Bariani - Kanak2 Sangat Suka Makanan di sini..

Menjamu selera diluar bersama keluarga sebagai aktibiti riadah yang dinantikan oleh setiap ahli keluarga, terutama anak2. Anak2 kecil yang selalu kita tinggalkan bersama orang gaji atau pengasuh, sangatlah mengharap dapat berjalan2 bersama ibu-bapa di hujung minggu.
Di JM Bariani House Puchong, kanak2 sangat sukakan nasi beriani, malah yang tidak suka makan nasi pun habiskan hidangan nasi beriani mereka tanpa disuruh.

JM Bariani House di IOI Boulevard Puchong

JM Bariani House Puchong menghidangkan Nasi Beriani Ayam, Ayam Masak Merah, Daging, Kambing (mutton), Kambing Kuzi & Rosemary Fried Mutton Ribs. Menu pilihan a'la carte termasuk mee bandung, rojak petis, tauhu bakar, Laksa Johor (Baru) dan lain2 termasuk kueh mueh Melayu & Jus asli perahan buah segar.



Laksa Johor - Menu baru yang lazat di IOI Boulevard

Resepi Laksa Johor berasaskan spaghetti dan kuah ikan.Ikan parang yang terbaik untuk Laksa Johor kerana manis ikan nya sangat terasa & sesuai untuk dijadikan kuah Laksa Johor. Di Lembah Kelang hanya beberapa tempat makan yang menghidangkan menu Laksa Johor ini.

Datang la mencuba nasi beriani JM di IOI Boulevard bersama keluarga. Berbagai pilihan menu saperti Tauhu Bakar, Mee Bandung, Rojak Petis, Laksa Johor dan banyak lagi menu utama termasuk kek & kueh mueh Melayu memang best.
Restoran dibuka setiap hari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, termasuk dihujung minggu.