Our Mobile Site                                                                                            JM Suria-KLCC

Mobile Fast Browse Click Here!!                                                         Sekarang di tgkt 4 Suria KLCC Foodcourt On The 4th Floor Suria KLCC Foodcourt

[ MAP JM Puchong ]                   [ Delicious Food ]                      [ Delivery ]                             
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681

Wednesday

Nasi Beriani Johor

English

Nasi Beriani Johor dari JM Bariani House sudah dikenali ramai di Lembah Kelang. Sekarang JM telah membuka cawangan nasi beriani Johor franchise melebihi 20 buah restoran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Selangor. Penduduk Lembah Kelang boleh menikmati Nasi beriani Johor di kawasan berdekatan Kelang, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, Cheras, Gombak dan KLCC Suria.

Nasi Beriani Johor lauk kambing dari JM Bariani House menjadi pilihan utama pelanggan. Daging kambing (lamb) dimasak hingga empuk sehingga lembut digarpu. Resepi kambing masak beriani Johor JM beresepikan ramuan istimewa yang dipilih untuk menyesuaikan rasa lauk dengan Nasi beriani Johor.

Masakan Ayam masak beriani menjanjikan kelazatan daging ayam yang tidak pedas. Ayam dimasak hingga lembut tetapi manisnya masih kekal terasa disetiap kunyahan. Kanak2 selalunya memilih lauk ayam masak beriani, walaupun kadangkala mereka leka dengan suapan nasi yang enak dan meratah lauk ayam kemudian nya. JM Bariani House juga menyediakan masakan ayam goreng berempah dan ayam masak merah sebagai pilihan lauk ayam.

Daging masak beriani juga dimasak empuk sehingga lembut. Lauk daging mengecurkan rasanya disetiap kunyahan, tidak liat dan tidak pedas. Keistimewaan kaedah masakan ini, dengan cara pemotongan daging dan prosidur memasak adalah dari hasil kajian pengusaha JM setelah berpuluh tahun memasak nasi beriani Johor.


Masakan nasi beriani Johor oleh JM Bariani House berperinsipkan kelazatan nasi beriani digandingkan dengan rasa lauknya. Kuah beriani dan rencah nasi saling bersama menaikkan kelazatan Nasi Beriani Johor JM. Nasi beriani JM Bariani House dari beras basmathi yang berserat, kenyal, empuk dan senang dikunyah.

Di JM Bariani House Puchong, lauk rusuk kambing goreng bersos rosemary (Fried Lamb Ribs in Rosemary Sauce)mendapat sambutan hangat dari pelanggan2 berketurunan Cina. Rusuk goreng ini dimasak dengan resepi ciptaan JM Bariani House. Rasanya rangup diluar dan lembut dibahagian dalam.

Untuk tempahan meja atau katering, sila telefon 0380767269 atau 0122005681 atau email jmboulevardpuchong@gmail.com.

ASR Search Engine

Tuesday

Restoran Melayu JM Bariani House Puchong

[English]
Restoran Melayu di IOI Boulevard Puchong, JM Bariani House Puchong terletak berhadapan Jalan Kenari 8. Menu utama restoran Melayu ini, nasi beriani Melayu Johor mendapat sambutan panas dari pelanggan Puchong yang kebanyakkan nya berketurunan Cina. Restoran JM Bariani House Puchong ini adalah yang ke 15 dari 22 buah restoran dalam rangkaian franchise JM Bariani House. Selain restoran, katering masakan Melayu, Cina dan Barat juga disediakan.

Restoran Melayu Berhawa Dingin


Katering Pejabat atau Rumah

Nasi Beriani Melayu Johor

Laksa Utara, Mee Bandung & Mee Rebus

Terdapat juga hidangan lain, makanan resepi Melayu yang tidak terdapat dikebanyakkan restoran tetapi sedap2 saperti Laksa Utara, Mee Bandung, Mee Rebus dan Laksa Johor. Selain itu, terdapat juga menu tradisi JM saperti Tauhu Bakar & Rojak Petis sebagai pembuka rasa (appetizers).

Aneka Buah2an, Desserts dan Minuman Sejuk dan Panas

Pencuci mulut melengkapkan hidangan nasi beriani Melayu Johor restoran ini termasuk potongan buah2an dan desserts saperti jeli kelapa, chocolate cupkek, tapai, dadih & creme caramel.


Kuih Samosa, Kuih Bakar & Karipap

Minuman petang restoran menghidangkan kuih2 Melayu tradisi saperti Samosa, kuih bakar, karipap, seri muka, Kuih Puteri Dua Sebilik, kuih lapis dan sebagainya. Kuih2 Melayu di restoran ini dipilih dan berbeza setiap hari bagi memberi pilihan yang sesuai setiap kali berkunjung.

Bertemu Kawan2 Lama (Reunion)

Dengan suasana restoran yang ceria dan casual, sememangnya menjadi tempat popular untuk mengadakan perjumpaan kawan2 lama sekolah atau kolej. Tempat letak kereta yang luas dibawah IOI Boulevard ini menyenangkan lagi kunjungan untuk bersama kawan2 lama.


Majlis Hadiah di Restoran

Pelanggan boleh mengadakan jamuan untuk pekerja2 syarikat, membuat tempahan khas untuk majlis penyampaian sijil, hadiah, keraian dan majlis hari raya dan sebagainya. Restoran boleh menyediakan makanan khas Melayu, Cina atau Barat atau menyediakan hidangan buffet di dalam restoran. Syarikat tidak perlu menempah lokasi yang mahal untuk aktibiti2 ini, sedangkan restoran ini menyediakan makanan yang sedap dan premis yang diakui "paling bersih" oleh Majlis Perbandaran.



Suasana Waktu Makan Tengahhari dan Malam

Restoran menjadi sibuk pada waktu makan tengahhari dan makan malam, dan menjadi tenang semula pada waktu2 yang lain. Walaupun sibuk, restoran Melayu ini menyusun kerusi meja di kawasan Alfresco boulevard di hadapan restoran sebagai ruang tambahan berjuadah.

Restoran JM Bariani di IOI Boulevard

Restoran berada di IOI Boulevard, menghadap Jalan Kenari 8 (seberang IOI Mall dari LDP). Restoran JM Bariani House Puchong berhawa dingin dan juga kawasan alfresco di luarnya. Kemudahan termasuk WiFi, bayaran kad Visa Mastercard dan banyak tempat letak kereta di bawah Boulevard.

Tel: 03 80767269 0122005681 jmboulevardpuchong@gmail.com (tempahan meja dan katering)


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!

Friday

Katering Rumah Terbuka Raya Aidilfitri -Halal Catering

Musim raya dan rumah terbuka Aidilfitri (open house)dengan katering makanan Halal dari JM Bariani House Puchong Catering. Selain Nasi beriani, pelbagai menu makanan2 halal sedap lain disediakan untuk katering. Selalu nya katering buffet untuk meraikan tetamu di rumah atau pekerja di pejabat. JM boleh menyediakan perkhidmatan katering dari 30 pax hingga 10000 pax. Semua makanan JM Bariani House dipantau rapi supaya Halal dan keaslian rasa.



Menu katering utama berupa nasi beriani berlauk ayam, kambing dan daging. Selain itu menu masakan Melayu dan masakan halal Cina juga boleh disediakan.

JM Bariani House Catering merupakan membekal nasi beriani untuk katering makanan Halal nasi beriani Johor. Halal tanpa was-was, kesedapan dipuji ramai adalah atas dasar komitmen JM kepada makanan yang dihidangkan di restoran.

Perkembangan JM Bariani House Puchong boleh diikuti di 'Facebook fan page' (sila klik).

Sila tel: 0122005681, 0380767269
email: jmboulevardpuchong@gmail.com


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!

Sunday

Berbuka Puasa Di Restoran Melayu, Puchong, Selangor

Berbuka puasa bersama keluarga lebih bermakna di JM Bariani House Puchong. Makanan kegemaran setiap isi keluarga, nasi beriani menambat selera berbuka puasa di restoran Melayu ini. Kerana makanan yang enak, tidak hairan jika terdapat pelanggan bukan Islam bersama menunggu waktu berbuka, dengan semangat bersatu dan hormat kepada pelanggan2 lain.


Khemah disediakan untuk menampung tempahan meja yang selalunya memenuhi ruang dalam restoran.




Kuih muih pilihan harian juga dapat memenuhi selera berbuka puasa, selain dari pencuci mulut lain saperti Jeli kelapa, creme caramel, dadih, tapai dan kek aiskrim.






Betapa meriahnya waktu berbuka puasa, dengan ruang dalam berhawa dingin dan ruang luar Boulevard yang redup. Keluarga dan jamuan berbuka bersama rakan2 niaga boleh ditempah melalui telefon 0380767269 atau sms 0122005681.

Thursday

Menu Berbuka Puasa di Restoran JM Puchong

Restoran JM Puchong menghidangkan makanan berbuka Puasa dengan sedikit kelainan dari buffet hidangan yang biasa dipaparkan oleh pengusaha2 lain. Di Restoran JM Puchong, pelanggan boleh memilih makanan secara a'la carte, dan boleh memilih makanan istimewa berbuka mengikut selera & bajet. Tidak perlu membayar untuk makanan yang tidak sempat dijamah. Menu istimewa termasuk kuih muih & pencuci mulut khas dihidang di bulan Ramadhan.


Buah tamar dihidang percuma dan Nasi Beriani Melayu semestinya hidangan utama jika ke Restoran JM.



Tapai Pulut manis, Creme Caramel, Dadih, Jeli Kelapa, Puding jeli menyejukkan tekak selepas berpuasa seharian dan dapat melegakan dahaga setiap pengunjung.



Selain beriani, Mee Rebus, Mee Bandung, Laksa Johor, Laksa Utara juga merupakan hidangan lazat untuk memuaskan pelbagai selera berbuka puasa Ramadhan.


Menu memaparkan pelbagai pencuci mulut dan air minuman segar saperti Sirap Bandung Soda, air kisaran limau kasturi (calamansi) dengan asam boi, Tea Tiga Rasa JM, Air perahan buah2an dan juga tea-tarik, kopi dan roselle.


Jelatah timun, bawang, cili, lobak merah dan Nenas merawat kehilangan selera dengan rasa segar, asam dan sedikit pedas.


Kuih Muih Melayu pilihan harian menceriakan lagi menu berbuka puasa. Pilihan pedas, manis, ranggup & lembut dari pelbagai kuih muih Melayu mengingatkan kembali suasana kampung semasa berbuka.
Sementara itu, air perahan buah2an segar saperti epal, limau manis, nenas, tembikai dan lobak merah membawa pelbagai kebaikan dengan vitamin2 dan zat galian asli memantapkan kesihatan 'imune' dalam diri semasa menjalani ibadat Puasa.

Sila membuat tempahan meja untuk berbuka, memastikan makanan dan meja sedia untuk anda. Tel 0380767269 atau sms 0122005681 untuk membuat tempahan.