Our Mobile Site                                                                                            JM Suria-KLCC

Mobile Fast Browse Click Here!!                                                         Sekarang di tgkt 4 Suria KLCC Foodcourt On The 4th Floor Suria KLCC Foodcourt

[ MAP JM Puchong ]                   [ Delicious Food ]                      [ Delivery ]                             
Thesis hardcover, Book Binding, Document printing. Get it done fast at Mutiara Digital.. http://www.mdprima.com.my 0355233326 0122005681

Wednesday

Restoran Melayu - Juadah Tapai Sejuk & Manis Lepas Makan Beriani

Restoran Melayu moden dengan menu Tapai Pulut, Tapai Ubi, Kuih Lapis, Agar agar yang dihidang dalam mangkok sejuk untuk melengkapi juadah beriani, nasi beriani Johor.



Nasi Beriani Ayam bersama Dalca & Acar


Nasi beriani Johor (biryani Muar) resepi istimewa yang amat digemari oleh peminat2 nasi beriani. Ini lah satu2nya resepi Melayu yang paling banyak dihidang di Lembah Kelang/ Selangor, dari 20 buah cawangan franchise nya.



Jeli-O Bersama Buahan & Sos Puding


Sebagai Pencuci mulut, Jeli-O bersama buah dan sos puding ini ringan dan menyejukkan. Dihidang dalam mangkuk kaca sejuk supaya rasa nya tetap kekal segar dan menyelerakan.



Chocolate Moist, Kuih Lapis & Creme Caramel


Chocolate moist cupcakes di makan sejuk atau dipanaskan untuk menyerlahkan rasa chocolate nya.Cupcake ini diliputi lapisan tebal chocolate.

Kuih Lapis menyerlahkan rasa pandan dan lemak santan. Lapisan berwarna yang boleh dikopel menjadikan kuih ini disukai oleh kanak2.

Creme caramel rasa nya lemak vanilla, sejuk dan berjeli. Memang sesuai sebagai hidangan diakhir juadah Nasi beriani JM.


Tapai Ubi dan Tapai Pulut



Juadah tradisi Melayu, Tapai Ubi dan Tapai Pulut Manis juga terdapat di JM Bariani House Puchong ini. Kedua jenis tapai ini memang susah didapati di restoran Melayu biasa. Rasa tapai ubi sedikit masam manakala tapai pulut rasanya manis nira. Tapai sedap di makan begitu saja. Ramai yang suka memakan tapai bersama aiskrim vanilla.



JM Bariani House Puchong terletak di G25 IOI Boulevard (seberang LDP dari IOI Jusco). Tel: 0380767269 0122005681

Tempat letak kereta banyak di bawah Boulevard ini. Sila datang bersama keluarga untuk menikmati hidangan istimewa ini.

Malaysia Caterers

Sunday

Menu Utama JM Bariani Puchong


Menu utama yang popular di JM Bariani House Puchong sememangnya Nasi Beriani Johor berlauk Ayam, Daging dan Kambing. Nasi beriani JM setiap hari rasa keaslian beriani nya tiada beza dari segi kelazatan & kemantapan nasi dan lauknya. Nasi nya mampat tetapi lembut, rempahnya beradun eluk dengan butiran nasinya dari beras Basmathi. Lauknya pula tidak hamis tetapi mengecurkan 'manis daging' pada setiap kunyahan, lembut tetapi ampal. Kuah lauk beriani tidak pedas tetapi cukup rasa rempah-ratusnya yang seimbang dengan nasi beriani itu sendiri.

A'la Carte Menu juga amat popular di JM Bariani House Puchong. Laksa Johor, Mee Bandung, Tauhu Bakar, Rojak Petis adalah antara yang paling diminati. Selain itu, Rojak Buah, Salad Waldorf juga terdapat di cawangan IOI Boulevard Puchong ini. Untuk kanak2, JM Bariani Puchong juga membawa menu Chicken Cocktail, Chicken Nugget dan French fries sebagai makanan ringan, memberi pilihan kepada kanak2 yang sudah biasa dengan makanan restoran segera.

Pencuci Mulut "Desserts" pula di pelbagaikan dengan juadah Melayu dan barat. Tapai pulut dan Tapai ubi adalah antara juadah desserts tradisi Melayu yang terdapat di JM Bariani House Puchong. Tapai memang tidak dijual merata tempat kerana proses penapaian ragi nya memakan masa 2-3 hari sebelum bersedia untuk dihidang.Tapai jiga digandingkan dengan aiskrim vanila, menyegarkan dan bagus untuk pencernaan makanan.

Wednesday

Tapai oh Tapai..

Tapai manis, tapai pulut dan tapai ubi memerlukan 2-3 hari untuk memantapkan panapaiannya (fermentation). Tapai yang terbaik memerlukan ragi yang putih bersih, menandakan organisma yang tidak tercemar.



Di restoran Melayu JM Bariani House Puchong, tapai sebagai pencuci mulut yang sungguh menyelerakan sebagai juadah penutup. JIka digandingkan dengan aiskrim vanilla, rasanya sungguh menenangkan. Sejuk dan manis.
Tapai juga memang diminati oleh pelanggan katering JM kerana susah hendak mendapat tapai yang berkualiti & memberi kelainan kepada pencuci mulut.


JM Bariani House Puchong berada di lot G25, IOI Boulevard, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya. tel: 03 80767269 0122005681 jmboulevardpuchong@gmail.com

Thursday

Perkhidmatan katering. Kawasan Puchong, Bukit Jalil, Petaling Jaya, Sunway, Serdang, Putrajaya

Kawasan2 perkhidmatan katering dari JM Bariani House IOI termasuk hantaran katering ke pejabat2 dan rumah di kawasan Puchong, Bukit Jalil, Sunway, serdang, Petaling Jaya, Putrajaya dan seluruh Lembah Kelang, Selangor.


Kebanyakan katering disediakan secara buffet di rumah atau pejabat untuk keraian majlis formal atau tidak formal.


Perkhidmatan di lokasi


Hidangan Katering Menunggu Semasa Ucapan


Hidangan Katering Secara Buffet


Pelbagai Juadah Dari Buffet Katering


Majlis Perpisahan



Katering Untuk VIP

Atau Katering Board Of Directors di ibu pejabat syarikat. Katering VIP menyediakan pelayan khas professional yang akan menghidangkan makanan secara 'sit-in' meals.
Meja VIP disediakan dengan setting dan hanya dihidang setelah VIP duduk di kerusi.Pelayan professional menceduk makanan dengan tertip semasa menghidang.
Selalunya VIP katering hanya untuk 5 hingga 50 orang, sesuai untuk jamuan tengahhari atau petang setelah selesai mesyuarat.

Hidangan Katering disiapkan Tepat Masa


Katering Setting Makan Sambil Mesyuarat


Hidangan Katering Di Susun Rapi

Simple VIP Catering


Tuan rumah majlis tidak perlu risau tentang kualiti makanan kerana setiap hidangan dari JM Bariani House memang terkenal kerana kelazatan nasi beriani yang akan memuaskan setiap tetamu.

Sila hubungi JM Bariani House Puchong beralamat G25, IOI Boulevard, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, 47071, Puchong. tel: 03 80767269 atau 0122005681 untuk maklumat lanjut.

jmboulevardpuchong@gmail.com


Submit your website to 20 Search Engines - FREE with ineedhits!
SEO Services

Chinese New Year Makan Bersama Keluarga, Gong Xi Fa Cai !!

Makan bersama keluarga tahun bari cina (Gong Xi Fa Cai) di IOI Boulevard Puchong. Nasi Beriani, Laksa Johor, Mee Bandung, Mutton Ribs Rosemary Fried. JM Puchong dibuka terus menerus pada cuti Gong Xi Fa Cai untuk mereka yang tidak balik kampong.Nasi Beriani JM memang disukai oleh setiap ahli keluarga termasuk kanak2 dan dewasa.



Jika anda ingin bawa keluarga ke JM Bariani House Puchong ini, sila buat tempahan supaya senang kami uruskan makanan & tempahan kerusi.

Katering (catering) juga boleh ditempah untuk katering di rumah atau di pejabat.
Beriani recipe Johor memang digemari kerana rasa nya yang lazat (delicious).

GONG XI FA CAI ...




Tel: 03 80767269 0122005681 jmboulevardpuchong@gmail.com

Saturday

Majlis Sambutan Harijadi di Restoran

Sambutan harijadi (dan upacara)di restoran JM Puchong boleh memuatkan 70 pax, majlis buffet atau hidangan a'la carte, dalam satu majlis. Upacara majlis boleh dirancang bersama untuk memastikan majlis harijadi menjadi sambutan yang meriah bersama kaum keluarga dan sahabat terdekat.

Upacara Sambutan Harijadi


Hidangan A'la Carte Nasi Beriani



Buffet Hidangan Majlis Sambutan Harijadi



Untuk memastikan majlis berjalan lancar mengikut citarasa, sila hubungi kami dengan agenda majlis (jika ada) atau datang berbincang untuk menyusun upacara yang bersesuaian.

tel: 03 80767269, sms 0122005681, email jmboulevardpuchong@gmail.com

Tempahan Jamuan Makan Di Restoran

Jamuan makan untuk kakitangan syarikat di restoran JM Bariani House boleh buat tempahan sehingga 100 pax. Tempahan a'la buffet atau secara hidangan. Semenjak beroperasi, JM Puchong restoran telah banyak kali membuat 'reservations' sama-ada intuk makan tengahhari atau pun malam dan mendapat kepujian dari pengunjung2 terutama yang pertama kali merasai hidangan beriani Johor JM.


Restoran Tempahan Jamuan Makan

Restoran berhawa dingin, selesa untuk semua, termasuk kanak2.


Hidangan Buffet atau Set Boleh di Tempah

Makan-makan bersama kawan2 pejabat 'Group meals' juga menjadi tumpuan di restoran JM Bariani House Puchong. Sememangnya restoran ini merupakan satu nya restoran Melayu di IOI Boulevard, bertaraf sederhana.

Jika ingin membuat tempahan meja, sila hubungi 0380767269 atau sms 0122005681 atau email jmboulevardpuchong@gmail.com